Thursday, September 30, 2010

Berita Dunia

GEMPA BUMI KUAT GEGARKAN WILAYAH PAPUA BARAT DI INDONESIA.

RUSIA SELAR TINDAKAN AMERIKA SYARIKAT DAN KESATUAN EROPAH KUATKUASA SEKATAN TAMBAHAN TERHADAP IRAN.

MAJLIS KESELAMATAN P-B-B TARIK BALIK SEKATAN SENJATA DAN LARANGAN PERJALANAN TERHADAP SIERRA LEONE.

INDONESIA

Wilayah Papua Barat, Indonesia digegarkan dengan gempa bumi kuat 7.4 pada Skala Richter, awal pagi tadi. Gempa turut dirasai di beberapa kawasan berhampiran. Tiada laporan awal mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa. Amaran Tsunami turut dikeluarkan, namun ditarik balik sejurus itu.
((AFP))

INDIA

Pemilik mutlak kawasan masjid Babri, dekat bandar Ayodhya, utara India, diketahui hari ini. la akan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi negeri Uttar Pradesh. 190-ribu anggota polis separa tentera sudah dikerah ke Uttar Pradesh bagi menghadapi sebarang kemungkinan. 40-ribu daripadanya ditempatkan di Ayodhya. Masjid kurun ke-16 itu dimusnahkan puak pelampau pad a 1992, sekaligus mencetuskan rusuhan agama yang menyaksikan 2-ribu orang terbunuh. Sejak peristiwa itu, kawasan berkenaan ditutup dan dikawal tentera.
((AFP))

AFGHANISTAN

Taliban menafikan penglibatannya dalam dialog yang bertujuan menamatkan perang di Afghanistan. la menyifatkan kenyataan pemerintah tentera asing di Afghanistan, Jeneral David Patraeus bahawa sekumpulan komander Taliban berminat untuk menyertai program khas yang membolehkan mereka kembali dalam masyarakat, sebagai tidak berasas. Baru-baru ini, Presiden Hamid Karzai membentuk Majlis Keamanan Tinggi, dengan harapan dapat membuka pintu rundingan dengan Taliban. Selasa lalu, beliau menamakan 68 anggota majlis itu. Antara disenarai - sejumlah panglima perang dan bekas pemimpin militia, kebanyakannya didakwa mempunyai reputasi buruk berkaitan hak asasi manusia.

Sementara itu, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mengesahkan kematian seorang pemimpin kanan Al-Qaeda. Menurut NATO, Abdallah Umar al-Qurayshi terbunuh dalam serangan udara di timur Afghanistan. Dalam perkembangan berkaitan, orang nombor 3 Al-Qaeda, Sheikh Fateh al-Masri dilapor terkorban dalam serangan pesawat tanpa pemandu milik Agensi Perisikan Pusat (C-I-A) di sempadan Pakistan. Laporan itu sedang disiasat Islamabad. Tidak diketahui sama ada serangan tersebut ada kaitan dengan plot serangan pengganas terhadap Britain, Perancis dan Jerman yang dipintas pihak berkuasa Eropah.
((AFP))

PAKISTAN

Bekas Presiden Pakistan, Pervez Musharraf memberi amaran - tentera negara itu mungkin melancarkan satu lagi rampasan kuasa. Bekas jeneral berusia 67 -tahun itu berkata, panglima tentera Ashfaq Pervez Kayani mungkin terpaksa campur tangan atas kegagalan kerajaan pimpinan Presiden Asif Ali Zardari membanteras puak pelampau dan memulihkan ekonomi negara itu. Pervez yang kini menetap di London turut mengesahkan, akan melancarkan parti baharu, bagi membolehkannya bertanding pada pilihan raya 2013. Namun, beliau tidak menyatakan, bila akan pulang ke tanah air. Pervez dikehendaki pihak berkuasa Pakistan atas tuduhan salah guna kuasa.
((AFP))

AGENSI PERISIKAN PUSAT

Rancangan pengganas untuk melancarkan serangan ala-Mumbai di Britain, Perancis dan Jerman masih wujud. Bagaimanapun, ia masih di peringkat awal. Namun, ia dijadikan alasan oleh Agensi Perisikan Pusat (C-I-A) untuk melancarkan serangan dalam wilayah Pakistan. Demikian menurut agensi berita The Associated Press. Eropah sering menjadi sasaran pengganas. Terburuk pad a 2004 di Madrid, Sepanyol. Serangan bom di sebuah stesen keretapi mengorbankan 191 nyawa. Kira-kira 1-ribu-800 yang lain cedera. Dua tahun kemudian, perisikan Amerika Syarikat dan Britain mematahkan cubaan terancang dan terbesar untuk meletupkan hampir sedozen pesawat komersial.
((AP))

UNGGA-RUSIA

Rusia mahu Iran meningkatkan kerjasama dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (I-A-E-A). Pada masa sama, Moscow menyelar Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (E-U) kerana menguatkuasakan sekatan tambahan terhadap Iran tanpa restu Pertubuhan Bangsa Bersatu (P-B-B). Perkara itu ditegaskan Duta Rusia, Vitaly Churkin pad a Perhimpunan Agung P-B-B di New York.
((AFP))

KOREA

Dua negara Korea akan mengadakan rundingan tentera hari ini, yang pertama seumpamanya dalam tempoh dua tahun, la sebagai cubaan untuk mengurangkan ketegangan ekoran insiden kapal perang Chenon milik Korea Selatan yang karam di kawasan perairan yang dituntut oleh Seoul dan Pyongyang. Para pegawai tentera akan bertemu di bandar sempadan Panmunjom, pagi ini selepas Korea Utara setuju dengan tarikh mesyuarat yang dipinda Seoul.
((AFP))

ITALI

Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi menang dalam undi percaya di Parlimen, sekaligus menyelamatkan kerajaan pimpinannya daripada runtuh. Dalam sesi pengundian, 342-anggota Parlimen menyokong kepimpinannya. Turut berbuat demikian, blok diketuai speaker dewan rendah, Gianfranco Fini yang meninggalkan pakatan kerajaan Julai lalu, gara-gara tidak berpuas hati dengan pelan pembaharuan Berlusconi yang mahu melaksanakan pemotongan cukai besar-besaran dan merombak sistem perundangan.
((AFP))

SIERRA

Majlis Keselamatan Bangsa Bersatu menarik balik sekatan senjata dan larangan perjalanan terhadap Sierra Leone yang dikuatkuasa sejak lewat tahun 1990-an. la bagi membuka jalan kepada pembangunan dan pembinaan semula negara Afrika itu. Perang saudara selama sedekad di Sierra Leone berakhir pada 2002. Sepanjang tempoh itu, puluhan ribu menjadi korban.
((DPA))

PLANET

Di Amerika Syarikat, sekumpulan pakar astronomi mendakwa, menemui sebuah planet bersaiz bumi yang boleh didiami. Malah, saintis dari University of California, Santa Cruz dan Carnegie Institution of Washington itu percaya, banyak banyak lagi planet seumpama itu bertaburan di angkasa. Difahamkan, planet yang dinamakan sebagai Gliese 5-8-1 g itu mempunyai graviti yang mencukupi memegang atmosfera. la dikatakan berada pada kedudukan 20-tahun cahaya dari Bumi.
((AFP))

MEXICO

Di Mexico, 16-terbunuh dalam kejadian tanah runtuh terbaharu. Empat lagi mangsa dilaporkan hilang. Insiden berlaku di Chiapas berhampiran negeri Oaxaca di mana 11-hilang akibat kejadian serupa.
((AFP))

TENIS

Tenis, Terbuka Pan Pacific di Tokyo, Jepun. Pilihan utama perseorangan wanita, Caroline Wozniacki dan pilihan ke-2, Vera Zvonareva menempah tiket ke suku akhir. Wozniacki menundukkan Anastasia Pavlyuchenkova, 6-1 dan 6-2. Manakala, Zvonareva menewaskan Roberta Vinci, 6-4, 6-0. Pilihan ke-3, Jelena Jankovic bagaimanapun, tersingkir. Dalam pusingan ke-3, dia kalah mengejut di tangan pemain bukan pilihan, Kaia Kanepi, 4-6, 4-6.

Dalam Terbuka Thailand pula, pilihan ke-3 Jurgen Melzer meneruskan kemaraan ke pusingan berikutnya selepas mengalahkan Dudi Sela, 6-3 dan 6-4 dalam perlawanan pusingan kedua. Turut mara, pilihan ke-4, Ernests Gulbis. Dia menewaskan Rainer Schuettler, 7-6, 6-7 dan 6-4.
((AFP))

LlGA JUARA

Bola sepak, Liga Juara Eropah. Manchester United mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Valencia dalam aksi kumpulan C. Dalam saingan kumpulan D, Barcelona sekadar seri t-sarna dengan wakil Rusia, Rubin Kazan. Inter Milan pula menewaskan Werder Bremen, 4-0 dalam kumpulan A. Satu lagi perlawanan kumpulan A menyaksikan Tottenham Hotspur mengetepikan F-C Twente, 4-1. Sementara itu, Lyon menundukkan Hapoel Tel Aviv, 3-1 untuk terus menerajui kumpulan B, manakala, Schalke 04 mengalahkan Benfica 2-0.
((AFP))

BECKHAM

David Beckham tidak akan bermain untuk kelab Eropah, musim ini. Beliau berhasrat untuk memberi fokus terhadap kelab yang diwakilinya kini, L-A Galaxy. Beckham menyatakan demikian dalam satu wawancara yang disiarkan dalam Laman sesawang FIFA.com. Pemain tengah berusia 35-tahun itu, baru pulih dari kecederaan yang dialaminya sejak 6-bulan lepas semasa dipinjamkan kepada kelab A-C Milan.
((DPA))

BALLACK

Michael Ballack dijangka kembali beraksi bersama Bayer Leverkusen sebelum penghujung tahun ini. Pemain tengah berusia 34-tahun itu mengalami kecederaan di kaki kiri semasa beraksi menentang Hanover dalam perlawanan Bundesliga, 22-September lalu. Pengarah sukan kelab berkenaan, Rudi Voeller berkata, Ballack mungkin dapat bermain dalam satu atau dua perlawanan yang akan berlangsung, Disember depan.

Wednesday, September 29, 2010

the world in your hand

Tentang “Segitiga Bermuda”

Ditulis oleh joksant di/pada Januari 24, 2007
Sebenarnya tempat misteri ini tak benar bila dikatakan segitiga, sebab batas-batas dari petunjuk kapal-kapal atau pesawat terbang yang hilang lebih dari bentuk segitiga itu. Segitiga itupun hanya merupakan imajinasi saja. Bila kita ambil peta, kita buka di bagian Amerika Tengah, di sana terdapat banyak kepulauan Hindia Barat. Untuk mengetahui bagaimana bentuk dari Segitiga Bermuda itu, kita tarik garis dari kota Miami ke kota San Juan di Puerto Rico; dari San Juan ke pulau Bermuda; dan kembali ke Miami di daerah Florida, Amerika. Meskipun sebenarnya misteri Segitiga Bermuda ini “milik” orang Amerika, tak apalah kita turut memperbincangkannya. Sebenarnya tempat semacam ini ada pula di tempat lain, juga di Amerika, yaitu di sebuah danau
yang bernama Ontario, bahkan lebih “mengerikan” dari Segitiga Bermuda.
Dari berbagai kesimpulan, jarum kompas dan peralatan pesawat yang akan hilang selalu mendapat gangguan dan mereka seperti tak melihat air dan dari gejalan ini disimpulkan, di dasar laut sana tentu terdapat sebuah medan magnetik yang kuat sekali, yang sanggup mengganggu kompas atau menarik kapal itu sampai ke dasar laut yang dalam.

selamat membaca :)